27 October 2025

Cable Car Gunung Mat Chincang , Langkawi.

 Assalamualaikum.

Cerita Langkawi lagi.

Kunjungan ke Langkawi kali ini , kami sepakat tak nak naik cable car dah. Dengan alasan dah banyak kali naik bila stiap kali sampai Langkawi. Seorang lagi memang takut naik tempat tinggi , gayattttt. Kami berhajat nak bergambar saja di 3D muzium.  Hahahha…. bergambar la sangat.

Lutung ni banyak kat sini. Dah tak takut orang, orang yang takut kat dia pula.
Tapi….jinak-jinak .

Kami masih berbincang nak naik ke tak masa ni.
Dah depat kaunter ni😁.

Akhirnya…. Naik la juga.
Dah alang-alang sampai kan.
Bukan senang nak datang lagi, entah tahun bila pula.
Masa ni dah pukul 5 petang.

Cari pakej paling murah…RM 43.
Tapi sorang dapat harga warga emas , hahahha. 
Seronok dah rezeki.

Pemandangan laut dari atas .
Cantik , Subhanallah.



Bird nest lokasi baru untuk diterokai.
Kami tak ambil pakej ni… maklumlah pakej  paling murah.

Naik bertiga semasa naik .

Cantik sungguh.

Pelantar pertama.
Awan bertiup di belakang.
Terasa molekul  awan terkena muka .
Sejuk .

Laluan ke Eagle’s Nest.


Di kejauhan nampk lah telur burung dalam sarang.
Awan berkepul- kepul .
Sampai hajat nak tengok  awan karpet depan mata.

Akhirnya , tak sempat pun bergambar di 3 D muzium .

Bila turun , hari dah gelap . 

Kedai pun dah tutup dekat nak maghrib.

Walau  pun sekejap di atas nun… tapi rasa berbaloi.

Alhamdullillah.



24 October 2025

Warung Tok Mud, Langkawi

 Assalamualaikum .

Hari terakhir kami di Langkawi , kami bertiga singgah sarapan di Warung Tok Mud.

Kami buat carian di internet …. tak tahu nak makan di mana.

Pagi semalam  tu kami singgah ja , kedai tepi jalan menghala ke KILIM Geopark . Tak kan nak singgah kedai sama kan?

Macam menarik je…. Tapi tak sangka orang ramai penuh meja walau pun hujan pagi ini. Mungkin kesai viral tapi kami tak tahu.

Tunjuk arah ke warung…warung ke dalam sikit dari jalan utama.



Kereta banyak.
Pelanggan lagi la ramai…hampir semua meja  penuh.
Kami menuju meja di belakang kedai.
Tapi layanan mesra dari staff sangatlah berbaloi.
Kami dipanggil duduk di meja yang lebih selesa bila pelanggan yang terdahulu siap makan.

Penuh dengan orang ramai.

Saya pilih mi bandung udang rm 12  , peknga tok mud cicah kuah kari ikan seekor rm 7 dan minum teh panas.

Kawan saya order nasi lemak pun sedap rm10 dan roti goyang rm6.

Sorang lagi  kawan saya , Qadariyah order mi bandung udang dan roti bakar serta teh panas.

Puas hati , semua sedap dan suasana pun cantik dengan pemandangan kampung walau pun  diri sendiri orang kampung.

Kelihatan kerbau di kejauhan.
Macam belas tanah bendang yang tak diusahakan .

Semua meja dilapik dengan alas kain batik menjadikan ia nampak klasik dan tradisional.

Layanan bagus dan mesra dari semua pekerja.
Tunggu makanan lama pun tak rasa nak marah…. Hahaha.
Berbaloi singgah di sini.




19 October 2025

Langkawi

 Assalamualaikum.

Catatan perjalanan bercuti di Langkawi bersama Ex -RTBK semasa cuti Deepavali .

Ya… semasa menulis ini masih lagi berada di Pulau Langkawi.

Percutian singkat 3 hari 2 malam  tapi dapat manafaat di banyak tempat lawatan. Tiada intenery khusus tapi ikut dan sahaja.

Kami menaiki feri  pukul 12.30 tengah hari dari Kuala Kedah bertiga.  Tiket dibeli secaar online 2 minggu sebelum bertolak.


Tempat lawatan pertama , MAHA .
Kali terakhir ke Langkawi masih dalam pembinaan.


Harga tiket.

Dari tingkat 18.
Boleh keluar ke balkoni.
Di tingkat 18 diberi kudapan 4 jenis kuih melayu.
Serta kerepek- kerepek  pelbagai pilihan .
Air minuman sejuk juga  disediakan.

Pemandangan dari tingkat 33.
Lantai kaca yang boleh melihat  ke bawah.

Dari sini kami ke hotel dulu untuk solat dan mandi sebelum keluar semula sebelah petangnya.

Malam tu , kami singgah ke pasar malam dan terus ke Dayaran Lang sebelum balik ke bilik untuk berehat.

Hari kedua kami ke KILIM.
Harga istimewa dengan  Aiman ini.

Ditunjukkan restoran viral suatu masa dahulu.


Paling best melihat helang turun menyambar makanan yang diberi oleh Aiman driver bot kami.

Kilim Geoforest Park tersergam  megah.


Di hujung sana ialah Laut Andaman.

Pakej kami dapat singgah ke kolam ikan , tengok helang makan dan ke gua kelawar .Kami tak turun , air dah naik . 
Tak bawa kasut yang sesuai.

Dari Kilim kami ke Pulau Tuba .
Bot naik di Pekan Rabu dengan harga RM7 sehala .
Masa pergi rm 3 dibayar untuk pengurusan .


Naik bot  ke Pulau Tuba .


Dari jeti kami naik van pula dengan  penumpang yang nak makan kenduri.

Singgah la kami makan kenduri.
Kami tersilap jeti…..huhu.
Terbeli tiket ke Jeti Selat.
Dah jadi kawan baru pula dengan group penumpang  yang nak makan kenduri tadi.

Bersama tuan kenduri.
Diberi pula goodies sorang satu.


Masa balik kami ke jeti Tuba .
Baru betul…. 

Jeti Tuba

Menara Maha dari jeti Tuba.

Cantiknya alam.


Bird Nest di Gunung Mat Cinchang.
Kami tak naik pun.

Lokadi ketiga hari ni naik kereta kabel …cantik suasana di gunung . Awan  karpet di depn mata.
Alhamdullillah.
Memang nak sangat tengok awan karpet.


Indah nya ciptaan Allah

Keluar dari sini dah maghrib.

Singgah makan malam , melihat pertunjukan api di Pantai Cenang dan terus balik hotel.

Hari kedua yang full aktiviti. 



Pagi ni  dapat berita kematian ibu sahabat saya dan jiran sekampung . 
Salam takziah untuk Wana dan keluarga  atas kematian ibunya  Hajah Nasirah  yang tercinta . Semoga ditemptkan bersama  orang- orang yang beriman.

Aamiin.





14 September 2025

Yala, Narathiwat dan Pattani

 Assalamualaikum.

Cuti sekolah bermula, maka bermula percutian singkat ke negara jiran Thailand 3hari 2 hari.

Kami masuk sempadan melalui pintu masuk Imigresen Durian Burung .

Rombongan sebuah bas yang telah diuruskan memudahkan perjalanan kami . 

Alhamdullillah.

Proses cop pasport berjalan.

Imigresen Durian Burung.
Berderet juga kereta.

Pekan kecil.


Derah pertama setelah masuk ke Thailand.

Singgah solat jamak zuhur asar di Masjid Yala.

Batu sempadan.

Naik bukit Junjung.

Melawat muzium al quran di Narathiwat.
Alquran tulisan tangan .


Ahli ulamak. 

Barang tembaga tinggalan.

Malam , singgah mencari makan malam di Green Market

Buah colek.

Green market , surga makanan.
Rambang mata memilih makanan yang ada.


Park Intown Hotel Pattani

Dari Green Market kami ke hotel untuk menginap.
Sekali dengan breakfast yang sedap dan halal.

Puas makan .
Walau pun hotel 3 star.
Sea food terbaik.

Selepas sarapan kami singgah di Masjid Wilayah Pattani.
Lampu hanya di buka ketika lawatan Raja dan orang kenamaan.

Tapi , masa kami sampai lampu dibuja juga.
Tapi agak berjimat cermat.


Dalaman yang cantik dengan candeliar

Singgah membeli garam di tepi jalan .
Ada garam yang dijadikan baja yang warna gelap sikit berbanding garam yang boleh di makan.

Kesan tembakan pada pintu masjid Krisek yang tidak lut oleh peluru.
Jemaah solat subuh yang tewas  seramai 30 orang ditembak oleh askar Siam.

Masjid Krisek.